Thursday, September 29, 2011

99 Nama Allah

Wanita...Isteri...


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Friday, September 9, 2011

Kari sardin




Malam tadi 1st time masak kari sardin, mm rasanya sedap (according to my hubby) tp kentang x empuk! but I think, its too pekat...so next time kena tmbh air byk skit n masak kentang lama sikit supaya empuk...

Resipi :

Tumis:
Bawang merah (3 biji) - hiris
Bawang putih (2 ulas) - hiris
Bawang besar (1 biji) - potong dadu
daun kari

Apabila dah wangi masukkan :
serbuk kari ikan (3 sudu) - tumis sebentar + air
kentang (potong kasar)
sedikit air
sardin
garam
air asam jawa/asam keping





Tuesday, September 6, 2011

Wanita....

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.
WANITA dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki, tapi untuk seorang lelaki bernama SUAMI.

Friday, August 5, 2011

HIJAB adalah pandanganku.... MALU bagiku adalah perhiasan... AKHLAK adalah penuntunku dalam berkelakuan... ISLAM adalah..Agamaku dan jalan hidupku... Di dalamnya aku tenang... Damai... Berjalan lurus... Bahagia... Menjaga hijabku.. Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilahailallah, Allahu Akbar, La haula walla quwata illa billah...

Monday, July 18, 2011

Minggu ke - 5

Pada minggu ini, bayi anda sudah bertukar menjadi embrio. Saiz nya adalah sebesar saiz sebiji epal! Embrio anda sudah mempunyai degupan jantungnya sendiri. Vesikel2 otak primer pada bayi anda sudah mula terbentuk. Sistem sarafnyaturut mulai berkembang. Plasenta dan tali pusatnya sudah bekerja sepenuhnya pada minggu ini... Subhanallah... semoga ia membesar dengan sihat Ya Allah... hari ini juga, aku asyik terasa nak pitam dan mulut terasa sangat pahit... Ya Allah, bantulah dan permudahkan lah buat diriku...

July 16,2011



Encik suami sibuk melayan internet di atas katil, si isteri sedang leka melipat baju...tiba-tiba si suami berkata, 'Yang, I think we are happiest couple"...Aku hanya tersenyum dan berpaling kepadanya.. "kenapa abang tiba2 cakap mcm tu?" Si suami hanya tersenyum... di dalam hati ku berkata...ya abg...indeed..we are happy being together.. i luv u so much and i want to make you feel happy ever after...Dan doaku semoga cinta ini mendapat redhaNya....amin...

Friday, July 15, 2011

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung


Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 (3 bulan) kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20 (5 bulan), Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
  4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
  5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24 (6 bulan). Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28 (7 bulan). Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32 (8 bulan). Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34 (8 bulan 2 minggu). Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Saat masa itu tiba...


Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, " Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya 'kehidupan' yang sebenar."

Dan buat kita yang masih hidup, perbaiki lah amalan kita, berhiburlah dengan batasan syariat(berpada-pada), berbuat baiklah dengan orang-orang disekeliling kita. Jika masih ada yang bermusuhan, minta lah maaf dengan segera. Sebelum ajal kita tiba..kerana saat itu, semuanya sudah terlambat.. Sesungguhnya, orang yang selalu mengingati mati ialah orang yang paling bijak...

Saturday, July 2, 2011

Because You Loved Me



For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


I'm everything I am
Because you loved me

Thursday, June 23, 2011

The new phase of life




photographer
Alhamdulillah..Pada 3 Jun 2011, dengan sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri
. Bermulah kisah baru dalam hidup kami, terasa seperti mimpi sudah bergelar isteri. Terasa masa sangat cepat berlalu. Inilah kehidupan.. saat apepun, ia pasti akan tiba...termasuklah saat kematian dan saat diri dihisab di padang maysar. tertanya pada diri, sudah bersediakah kita untuk masa yang pasti akan tiba itu. Sering mengingatkan diri, dunia ini adalah jalan dan tempat kita mencari pahala sebanyak mungkin bagi alam yang kekal abadi. Dunia dan harta kita akan hancur, hanya akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, kita jalani kehidupan di dunia bagi persediaan di akhirat. Sekarang diri mempunyai tanggungjawab sebagai anak dan isteri, pastinya akan ku cari keredhaan ibu dan suami ku, kerana diri ini mengharap keredhaan Maha Pencipata lagi Maha Pemurah.....

Tuesday, May 24, 2011

Detik bahagia


Debaran kian terasa.....semoga semuanya berjalan dengan lancar, baik untuk majlis atau masjid yang bakal di bina...amin...

Thursday, February 17, 2011

Another chapter...


Thank you Allah. 23rd Feb 2011, will be my first day, hope everything will be ok. This is my another chapter of my life since i will start new career & live far from my family... i love my family so much... :'(

"Ya Allah, semoga ini adalah permulaan baru yang terbaik buat diri ku, lindungilah dan bantulah diriku, semoga aku sentiasa mendapat petunjuk, bimbingan dan kekuatan daripada Mu, serta berilah yang terbaik buat keluarga ku, lindungilah mereka, amin..."

Monday, February 7, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Kemana pergi sifat kemanusiaan???


akhir2 ni banyak betul kita dengar kes kematian kanak2 akibat di dera... kasihan nya kanak2 yg masih belum faham apa2 dipukul, di baling ke dinding, tidak di beri makan... apa yg mereka faham? mereka akan menangis jika lapar, jika di sakiti... ibu bapa memukul mereka konon nya anak mereka degil, tidak faham bahasa... kanak2 itu masih terlalu kecil untuk mengerti, sekarang ni, jika diperhatikan, manusia2 seolah2 hilang pertimbangan, apabila marah, ada yg sangup membunuh.. di mana silapnya...kurangnya iman di dada kah? silap makanan yg di makan kah? atau kurangnya makanan untuk jiwa kita? marilah kita sama2 bermuhasabah...

Thursday, January 6, 2011

Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya