Friday, July 30, 2010

HAIKAL QAYYUM




Mak jaga haikal since ibunya lepas pantang, sampai umurnya 1 tahun lebih... sekarang dah x jaga... tp dah rasa macam adik sendiri... mana taknya, kami lihat setiap pembesaran dan perubahan dirinya daripada baby sampai la boleh berjalan n pandai bercakap. semalam dapat jumpa dia, dah pandai buat bunyi lembu, itik, ayam n dah kenal semua gambar bila minta di tunjuk.. he is so adorable! haikal, we love u so much....

Thursday, July 29, 2010

Kami merinduimu...

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM
ia umpama bulan promosi besar-besaran, qjjI berikan kita peluang dengan menggandakan pahala setiap amalan kita, bulan yang terdapatnya malam lailatulqadar... masih bertemukah kita dengan nya (ramadhan seterusnya) selepas ini?.. rebutla ia, jangan biar ia berlalu sepi...Ya qjjI berilah aku hidayah itu, kekuatan iman itu...

My favourite video


Video ni dia berikan kepada aku masa pertama kali kami jumpa... thank you... dalam video ni gambar2 "our campus life", suka sangat...diiringi lagu yang sweet sangat... kene kotakan kata2 tu tau :)

Wednesday, July 28, 2010

Ucaplah...

Dari Abdullah bin Umar ra., bahawanya Rasulullah SAW. bercerita tentang seorang hamba dari hamba Allah yang mengatakan : ya rabbi lakal hamdu..., maka dua malaikat merasa berat dan tidak tahu bagaimana harus mencatat pahalanya. Kemudian keduanya naik ke langit seraya berkata, "wahai Tuhan kami, sesungguhnya hambaMu telah mengatakan perkataan yang kami tidak tahu bagaimana mencatat pahalanya." Allah SWT. berfirman, "Apakah yang di katakan hambaKu?" Kedua malaikat menjawab, "Sesungguhnya ia mengatakan :ya rabbi lakal hamdu, maka Allah berfirman. "Catatlah pahalanya sebagaimana yang di ucapkan oleh hambaKu tadi, sampai ia berjumpa dengan Ku niscaya Aku akan membalasnya." (HR.Imam Ahmad, Ibnu Majah)
salah satu doa dalam al-mathurat, terdapat banyak lagi kelebihan2 membaca dan mengamalkan al-mathurat, marilah jadikan membaca al-mathurat sebagai amalan kita.

Monday, July 26, 2010

"AKHIRAT DI JUNJUNG, DUNIA DI KELEK"

Jika kita mengejar akhirat, dunia akan turut bersama kita tetapi jika kita hanya mengejar dunia, akhirat tidak akan merestui kita

Saturday, July 24, 2010

hari sabtu saya

pagi ni aku xpergi kerja, adui... ada hal lain yang memaksa aku amek mc arini... petang pergi mengajar, sakit nya belakang coz drive lama sangat....esok mengajar lagi, semoga semuanya berjalan lancar, penat jugak jadi cikgu ni, tu baru jaga 3 anak murid, macam-macam perangai mereka. hari ni sempat update blog business ku... tambah lagi 2 item. ok.. saya rehat dulu! sebelum tu, nak abadikan dalam blog ku, my table di ofis...mm tapi berapa lama lagi di ofis ni pun aku xpasti, salah seorang dari kami akan ditukarkan ke company baru untuk jaga account di sana. Risau jugak since xpernah buat housing account (developer company xsama dengan construction company), tapi apepun keputusan pihak atasan akan ku terima, pasti itu yang terbaik. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diriku...

Thursday, July 22, 2010

Preparation


Bulan 12 ni, majlis pertunangan kami.... ni checklist nya, semoga semuanya teratur, tidak membazir tetapi meriah...

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran)
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
• Cincin berlian
• Sirih junjung
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Majlis merisik dan bertunang akan di buat serentak, jadi dapt juga 2 cincin walaupun 1 majlis je.
untuk kain pasang hantaran (lelaki & perempuan) & telekung sudah tempah kepada kakak yang akn pergi ke Indonesia, kat sana murah dan cantik2, since kakak akan ke sana, bolehla tumpang sekali.masa pertunangan ni kami akan terus bawa hantaran nikah, iaitu 9 berbalas 11.. hujung bulan 11 ni akan pergi beli barang-barang hantaran.
semoga semuanya berjlan lancar...


Tuesday, July 20, 2010

Dzuha


Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya waktu dzuha itu waktu dzuhaMu, kemegahan ( keagungan) itu kemegahan (keagungan) Mu, keindahan itu keindahan Mu, kekuatan itu kekuatan Mu, kekuasaan itu kekuasaan Mu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah ya Tuhan ku, jika rezeki ku masih berada di langit maka turunkanlah dia, dan jika berada di dalam bumi maka keluarkan lah dia, dan jika sukar maka permudahkanlah dia, dan jika haram maka bersihkan lah dia, dan jika jauh, maka perdekatkan lah dia, dengan berkat waktu dzuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, Engkau limpahkanlah kepada aku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-ambaMu yang soleh itu.

Sunday, July 18, 2010

Berusaha dekat dengan Nya


Sedar x sedar, hakikatnya kita sedang menghampiri kematian ataupun hari kiamat. tetapi semua itu tidak terasa atau pun mengerunkan kita dek kerana kesibukan di dunia. pelbagai ingin di kejar, diselesaikan dan di uruskan. mana mungkin kita dapat menguruskan hal di dunia dan akhirat dengan sempurna dan penuh fokus serta kesedaran. lebih malang lagi jika kita hanyut dan langsung tidak terfikir kehidupan di sana, terasa seronok dan senang menjalani kehidupan di dunia, punya rakan2 untuk berseronok dan pekerjaan yang baik.

justeru, cara bagaimanakah supaya kita sentiasa SEDAR kehidupan ini adalah ladang atau kebun untuk disemai agar kita bisa menuai hasilnya di sana... sedangkan kita punya hati yang sangat senang untuk berbolak-balik...

mungkin cara nya hanya satu, menjauhi apa sahaja yang boleh membuat kita lupa dan lalai, dan mendekatkan kita dengan apa sahaja yang boleh membuat kita ingat kepadaNya. contohnya mudah, kita sedang menonton televisyen, kita tahu di tv3 ada konsert dan tv9 ada halaqah... yang mana kita akan pilih, sudah tentu konsert yang pada anggapan kita dapat merehatkan otak kita. tetapi kuatkan lah hati kita untuk memilih tv9, kerana kekuatan yang kita lakukan bagi melawan nafsu sahaja sudah memberi kita kesan positif.

apabila kita menjadikan persekitaran kita hanya kepada sesuatu yang islamik, insyaAllah kita berada dekat di sisiNya berbanding kita disekeliling kehidupan yang lebih banyak kepada keseronokan di dunia. walaupun ada suara berbisik bahawa kita pandai menjaga diri dan berfikir, berhati-hati lah kerana iman kita senipis kulit bawang....

perbanyakkan berzikir, membaca Al Quran, solat sunat, bersedekah dan apa sahaja yang membawa kita dekat kepadaNya. cuba niatkan setiap langkah dan pekerjaan yang kita lakukan kerana Nya agar kita mendapat kedua-dua dan tidak mengabaikan salah satu. yakinlah, Tuhan maha mengetahui apa yang kita lakukan, dan jika kita berusaha untuk dekat dengan Nya, Dia tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya.

Hanya ingin kau tahu

Lagu dari cerita drama Kamelia...ye la kut, x sure sgt, tp terpikat dengan lagu ni masa tengok cerita ni pagi tadi kat tv 3. Liriknya ada kaitan juga dengan diri rasanya, memang perit sangat bila cinta hilang. sakitnya hanya Tuhan Yang tahu, tapi semakin pekat 'malam' means subuh hampir menjelang dan cahaya matahari akan menyinari hidup kita kembali. Kemudian kita akan sedar betapa bijaknya hidup dan kisah itu hanya akan menjadi salah satu cerita dalam perjalanan hidup kita =) Melalui pengalaman itu kita akan lebih menghargai dan bijak menjalani hidup. Dan kini, aku punya seseorang yang jauh lebih baik, yang menyayangiku dan ku sangat menyayanginya...thank you Allah...

Ku telah miliki

Rasa indahnya perihku

Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo






Friday, July 16, 2010

Mari berjanji...untuk


  • membaca & memahami Al Qur'an
  • qiyammulail
  • bersedekah (secara sembunyi)
  • berpuasa sunat
  • solat di awal waktu
  • senyum kepada semua orang
  • menutup aurat
  • bersopan
  • bersabar
  • menghormati
  • tidak menyakiti meskipun kita berpeluang dan kita tidak bersalah
  • memberi yang terbaik
  • Dosa di pagi Jumaat??


    this is my favourite mug! i love mug, dun no why...
    sebenarnya bukan nak cerita pasal mug, saja nak abadikan mug ni dalam blog ku.
    ini cerita nye...pagi tadi, bila dah sampai ofis, pergi breakfast dengan my 2 ofis mate. macam biasa, sambil makan, sambil borak...topik pagi ni harga minyak n gula naik. rugi xisi minyak penuh2 malam tadi..
    my ofismate makan nasi lemak, n aku je makan roti bakar.. then mereka tanye, sedap x roti tu? dengan slumber aku jawab "xsedap" kononye aku prefer roti yang dibuat pakai sandwich maker bukan toaster. sambil komplen, aku amik roti yang tinggal sesuap lagi tu dan nak masukkan ke mulut, dengan tiba2, tak tahu macam mana, roti tu seolah ditepis dan jatuh ke lantai. terdiam aku... astaghfirullah, baru tersedar, bongkaknye aku.. tidak bersyukur pada rezeki yang Tuhan berikan kepada aku... bila roti tu terjatuh ke lantai, aku terasa yang roti tu merajuk dengan aku dan aku x layak untuk nya.. Ya Allah ampunkan hambaMu ini, aku tidak sengaja... inilah dosa aku di pagi jumaat ini.

    Thursday, July 15, 2010

    My starting point


    Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hamba itu berusaha mengubahnya. lately, macam-macam di fikiran, cuba mebayangkan kehidupan akan datang. dimanakah aku pada raya 2011, adakah sudah mempunyai suami? hee hanya Allah yang tahu. sebolehnya, tidak mahu hidup seperti ini sahaja. walaupun sudah selesa, kerana terasa rugi sangat membiarkan peluang dan masa yang ada begitu sahaja. sambil berusaha menyempurnakan agar kehidupan di dunia ini lengkap seperti berkahwin dan punya anak (impian semua wanita) aku cuba mencari dan merebut peluang yang ada di depan mata. bekerja tetap sebagai pembantu akauntan di syarikat sekarang, kini aku membuat kerja sambilan menjadi home tuition teacher dan memulakan perniagaan dengan my ofis mate "cenderahati untuk pengantin". menjelang raya ini, kami cuba menjual snek2 di hari raya. semoga semuanya di permudahkan Nya.semoga dengan usaha ini, aku bisa menjadi yang terbaik dalam hidup ku, setelah aku mencuba yang terbaik.

    Wednesday, July 14, 2010

    Dunia yang fanna


    kehidupan setiap manusia adalah unik, jadi kenapa mesti mengeluh bila perjalanan hidup kita tidak sama dengan yang lain. banggalah dengan perjalanan hidup kita yang tersendiri. jangan terlalu melihat orang lain, kerana kesempurnaan yang kita nampak pada diri orang lain adalah hasil bisikan makhluk yang di cipta daripada api . jangan tertipu, tiada manusia yang sempurna. semakin kita kejar, semakin sakit jiwa kita. ketahuilah,kehidupan di dunia ini, semakin kita minum, semakin haus jadinya. hiasilah hidup kita dengan melakukan ape yang Dia suruh, meninggalkan apa yang di larang. yakinlah, jiwa kita akan tenang kerana matlamat kita adalah mengabdikan diri hanya untuk Nya. berkerja, berkahwin, berbakti hanya untuk mencari keredhaan Nya. andai semua ini tidak tercapai, tiada kekhuatiran yang akan lahir kerana kita tahu itu adalah kehendak Nya, dan jiwa merasa aman kerana terasa diri di sisi Nya.

    Sunday, July 11, 2010

    him...



    setiap kali fikiran buntu, down, dia selalu ada, he really comfort me and make me feel better. thank you Allah, for sending him to me.

    Sabtu, 10 July 2010



    Hari sabtu yang kelam kabut dan memenatkan. Selepas kerja pukul 1, bergegas ke bus station Medan Gopeng untuk ambil Rifqah dari Kuala Lumpur, pukul 2 baru ika sampai. bergegas pulak ke dewan izzudin untuk memeriahkan majlis Fathi & Nurazyatun. Tahniah ye pada Fathi dan azy, semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat. ramai jugak kawan2 UIA yang hadir. selepas majlis fathi, pulang ke rumah pulak untuk ke majlis jiran sebelah rumah mohd faiz & kak dila. tahniah juga pada mohd faiz dan kak dila ye. dapat jugak borak2 ngan faiz, walaupun sama tahun di UIA, tapi xpernah jumpa mungkin coz beliau course business n saya coz accounting. walaupun penat, tapi puas hati coz dapat memeriahkan majlis kawan2 :) selepas selesai semua, xsabar cari bantal n katil, melabuhkan badan, terlena sampai senja....












    Balqis,Bukhari & izney Liyana.. majlis bu & bal dijangkakan bulan 12, turun tepen la kita







    Saturday, July 10, 2010

    Thursday, July 8, 2010

    Sponge Bob

    Bila kita mencintai kerja kita, hari2 terasa amat bermakna...jum nyanyi bersama sponge bob dan menjadi positif seperti beliau~



    My perfect job starts my perfect day,
    Mr. Sun came up and he smiled at me.
    Said it's gonna be a good one just wait and see!
    Jumped out of bed and I ran outside feeling so extra exstatified!
    It's the Best day ever! (Best day ever)
    It's the Best day ever! (Best day ever)
    I'm so busy got nothing to do,
    Spent the last two hours just tying my shoe.
    Every flower, every grain of sand, is reaching out to shake my hand.
    It's the Best day ever! (Best day ever)
    It's the Best day ever! (Best day ever)
    Sometimes the little things start closing in on me,
    When I'm feeling down I wanna lose that frown,
    I stick my head out the window and look around.
    Those clouds don't scare me they can't disguise,
    This magic that's happening right before my eyes.
    Soon Mr. Moon will be shining bright
    So the best day ever will last all night.
    Yes the Best day ever's gonna last all night now.
    It's the Best day ever! (Best day ever)
    It's the Best day ever (Best day ever)
    It's the Best day ever! (Best day ever)
    It's the Best day ever (Best day ever)
    (Best day ever)
    (Best day...)

    Wednesday, July 7, 2010

    octopus??

    sebelum ni die memberitahu dunia bahawa German akan menang mengalahkan Argentina, semua agak sukar mempercayai, memandangkan Argentina lagi hebat rasanya. tetapi, bila German menang 4-0, semua mula menyebut2 ramalan sotong yang tepat kononnya. kali ini die meramalkan Spain pula yang akan menang menentang German. tegak bulu roma bile tengok sotong tu terapung2 dan memilih negara mana yang akan menang. Paul si octopus ni telah menjadi fenomena world cup kerana berjaya membuat 5 ramalan tepat untuk German bagi perlawanan sebelum ini. sotong ni berada di German (Sea Life di Oberhausen), sure terkejut n pucat muka fan2 German memandangkan mereka percaya pada sotong ni. kepada muslimin dan muslimat jangan pulak ada yang percaya sotong ni ade kuasa, berpeganglah pada "wajib salah, kebetulan kalau betul..."hanya Dia yang mengetahui masa hadapan.

    His..