Monday, August 23, 2010

Bahana mercun

Budak terpelanting 15 meter atas pokok selepas rumah
jadi stor mercun meletup

Masih belum mengerikan ke?? nak jadi pada ahli keluarga baru menyesal? sudah terlambat... Biar apepun alasan yang diberi sebelum bermain mercun, ingatlah...MALANG TIDAK BERBAU, lebihlah baik kita mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak baik. Jika terjadi kemalangan, orang akan tidak akan ada simpati malah menyalahi orang tersebut kerana bermain mercun. Didalam Islam pun tidak pernah menganjurkan main mercun ni, selain ia juga sangat menggangu ketenteraman terutama pada bayi dan orang tua yang mungkin sedang sakit serta sangat membahaykan orang lain juga. Ibu bapa tolonglah main peranan, jangan galakkan anak2 bermain mercun bahkan bunga api, sekali diingatkan, BENDA TU BAHAYA. Beringatlah sebelum kena... Marilah kita mengajar kanan-kanak mengimarahkan bulan Ramadhan dengan bacaan ayat Al-Qur'an atau aktiviti yang lebih membuatkan mereka mengenal erti Ramadhan (selain menunggu kedatangan syawal) daripada bermain mercun yang sangat membahayakan ini. Takziah kepada keluarga mangsa...

No comments:

Post a Comment