Wednesday, September 8, 2010

1 syawal & puasa enam


Ramadhan akan berlalu pergi dan semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan. Berjayakah kita mengharungi Ramadhan ini dengan berjaya, seperti azam yang telah kita tetapkan sebelum bertemu Ramadhan... semoga Allah menerima amalan ku.

Marilah kita menyambut syawal dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, saling bermaaf-maafan, dan jangan lupa pada yang kurang berkemampuan, kita hulurkan bantuan agar mereka turut merasa indahnya syawal.

Di pagi raya lebih bermakna kita beramai-ramai menunaikan solat sunat aidilfitri, bersama-sama menghayati takbir di pagi raya...subhanallah... setelah selesai menunaikan solat sunat, memohon maaf kepada ibu bapa terutamanya, menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak, kemudian melayan tetamu atau mengunjungi jiran dan sanak saudara...indahnya syawal...

Di sampimg itu, 2 syawal kita sudah boleh menunaikan puasa 6

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.

Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL

No comments:

Post a Comment