Wednesday, September 1, 2010

Rahmat Mu

Ya Allah, janganlah aku tergolong dalam golongan hambaMu yang tidak tahu bersyukur, yang tidak cukup pada yang sedikit dan tidak pernah kenyang pada yang banyak... sesungguhnya manusia masuk ke syurga adalah kerana RAHMAT MU yang diberi kerana kesetiaan manusia itu dalam melakukan suruhan Mu dan meninggalkan larangan Mu. Engkau maha mengetahui sikap dan fitrah manusia yang tidak lepas dari kelalaian dan kesilapan. Manusia tersilap, selepas itu dia bangkit memohon keampunan, tetapi selepas itu dia kembali melakukan kesilapan..tapi Engkau tetap menerima, Ya Allah luas sungguh rahmat Mu... janganlah Engkau tinggalkan aku walau sesaat, lindungila aku dari kekufuran dan dari segala penyakit hati...Semoga aku sentiasa ingat bahwa dunia ini adalah pentas ujian Mu dan di sana adalah segala-galanya, semoga aku dapat melalui ujian Mu dengan cemerlang Ya Allah....

1 comment:

  1. ijan..selamat menjalani ibadah pose yg tinggal brp hari je ag ni....:)

    ReplyDelete