Wednesday, July 14, 2010

Dunia yang fanna


kehidupan setiap manusia adalah unik, jadi kenapa mesti mengeluh bila perjalanan hidup kita tidak sama dengan yang lain. banggalah dengan perjalanan hidup kita yang tersendiri. jangan terlalu melihat orang lain, kerana kesempurnaan yang kita nampak pada diri orang lain adalah hasil bisikan makhluk yang di cipta daripada api . jangan tertipu, tiada manusia yang sempurna. semakin kita kejar, semakin sakit jiwa kita. ketahuilah,kehidupan di dunia ini, semakin kita minum, semakin haus jadinya. hiasilah hidup kita dengan melakukan ape yang Dia suruh, meninggalkan apa yang di larang. yakinlah, jiwa kita akan tenang kerana matlamat kita adalah mengabdikan diri hanya untuk Nya. berkerja, berkahwin, berbakti hanya untuk mencari keredhaan Nya. andai semua ini tidak tercapai, tiada kekhuatiran yang akan lahir kerana kita tahu itu adalah kehendak Nya, dan jiwa merasa aman kerana terasa diri di sisi Nya.

No comments:

Post a Comment