Sunday, July 18, 2010

Berusaha dekat dengan Nya


Sedar x sedar, hakikatnya kita sedang menghampiri kematian ataupun hari kiamat. tetapi semua itu tidak terasa atau pun mengerunkan kita dek kerana kesibukan di dunia. pelbagai ingin di kejar, diselesaikan dan di uruskan. mana mungkin kita dapat menguruskan hal di dunia dan akhirat dengan sempurna dan penuh fokus serta kesedaran. lebih malang lagi jika kita hanyut dan langsung tidak terfikir kehidupan di sana, terasa seronok dan senang menjalani kehidupan di dunia, punya rakan2 untuk berseronok dan pekerjaan yang baik.

justeru, cara bagaimanakah supaya kita sentiasa SEDAR kehidupan ini adalah ladang atau kebun untuk disemai agar kita bisa menuai hasilnya di sana... sedangkan kita punya hati yang sangat senang untuk berbolak-balik...

mungkin cara nya hanya satu, menjauhi apa sahaja yang boleh membuat kita lupa dan lalai, dan mendekatkan kita dengan apa sahaja yang boleh membuat kita ingat kepadaNya. contohnya mudah, kita sedang menonton televisyen, kita tahu di tv3 ada konsert dan tv9 ada halaqah... yang mana kita akan pilih, sudah tentu konsert yang pada anggapan kita dapat merehatkan otak kita. tetapi kuatkan lah hati kita untuk memilih tv9, kerana kekuatan yang kita lakukan bagi melawan nafsu sahaja sudah memberi kita kesan positif.

apabila kita menjadikan persekitaran kita hanya kepada sesuatu yang islamik, insyaAllah kita berada dekat di sisiNya berbanding kita disekeliling kehidupan yang lebih banyak kepada keseronokan di dunia. walaupun ada suara berbisik bahawa kita pandai menjaga diri dan berfikir, berhati-hati lah kerana iman kita senipis kulit bawang....

perbanyakkan berzikir, membaca Al Quran, solat sunat, bersedekah dan apa sahaja yang membawa kita dekat kepadaNya. cuba niatkan setiap langkah dan pekerjaan yang kita lakukan kerana Nya agar kita mendapat kedua-dua dan tidak mengabaikan salah satu. yakinlah, Tuhan maha mengetahui apa yang kita lakukan, dan jika kita berusaha untuk dekat dengan Nya, Dia tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya.

No comments:

Post a Comment